Tuesday, December 28, 2010

Lelaki Berkulit Gelap Lebih Seksi

Lelaki berkulit gelap lebih seksi. Betul ke? aku pun tak tau..ni aku dapat drpd member aku. dia anta kt email. Nak tau baca lagi.

LONDON: Warna kulit adalah daya penarik setiap individu biarpun hakikatnya, cita rasa wanita dan lelaki terbukti berbeza lelaki sukakan wanita berkulit cerah, manakala wanita lebih meminati lelaki berkulit gelap.

Lelaki mengaitkan warna kulit putih itu dengan lambang kesucian, perawan, baik, budi pekerti mulia dan lemah.

Wanita pula menganggap lelaki kulit hitam sebagai penuh misteri, rakus, bahaya serta ada tarikan seks.

Thursday, December 23, 2010

Hensem tapi Gay

Korang perempuan hati-hati sikit, jgn duk tgk muka seekor 'mamat' tu hensem terus terpikat. Kadang-kadang harap je muka hensem,macho, badan tegap giler lah tp GAY. ha cmner nk menjawab tu cik kiah..jenis yang suka main belakang plak.aduih rosak anak muda kita. Dah lah lelaki makin kurang sbb semua msk jail akibat dadah ni ada plak jenis suka sama jenis pulak.

" Kita terkejut apabila ikon GAY yang baru-baru ini dibenarkan untuk membuat konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil. Lebih memeranjatkan sudah ada kegiatan yang cuba menonjolkan budaya gay kepada masyarakat melalui filem- Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan.

Portal Gay yang agak famous utk geng-geng Gay ni seperti Planet Romeo. Tak silap aku sekarang dah tukar nama jadi Gay Romeo. Aku mls nk letakkan link tu..buat apa. Tp aku tahunya lebih 50,00 rakyat Malaysia yang mendaftar dlm web sosial tersebut. Dekat Planet Romeo ni mereka bukan shj dpt berkenalan mlh menggunakan portal utk mencari penyewa rumah dan buat bisnes.

Tutorial Microsoft Word 2007

Aku tau sekarng ni ramai tang dah guna Microsoft Office 2007 walaupun yang 2003 pun tak berapa nak reti lagi..bukan apa al-maklumla kena lah up-to-date kan..orang pakai kita pun nak pakai..Tapi tak tau sgt component dlmnya..Skrg yg lagi latest Microsoft Office 2010..chewaahh..Pada entri lepas aku ada tunjuk Tutorial Microsoft Word 2003. So skrg utk Word 2007 pulak.

Moh lah kita tgk cara nak save guna password utk Microsoft Word 2007 punya..Mula-mula mcm biasa buka Microsoft Word 2007 korang dan taip..suka hati korg nak taip apa..yang aku taip adalah "Tutorial save with password utk Microsoft Word 2007"


Wednesday, December 22, 2010

Bengap ayam

Apa korang nk panggil kpd pemandu yg tak reti bahasa? klu aku panggil bengap ayam je.Masuk lorong tak reti nk bagi signal..nak ke kanan pun tak reti nak bagi signal..pastu masuk lorong sesuka hati mak bapak dia je..klu accident tk ke pasal-pasal je kuar duit poket gaji. Dah ah duit gaji tk msk lagi..huhuhu..lum hujung bulan lagi.

Bek laki atau pempuan sama je...kita lelaki duk ckp lady driver..selalu salah kan pempuan..lambat lah..tk bagi signal lah..aku tgk sm je 2 x 5, 5 x 2, 3 x 2, 2 x 3 sama je, takde beza pun.

Wanita hiasaan dunia...

Wanita hiasaan dunia...seindah hiasan adalah wanita solehah...

Itu antara lirik lagu Impian Kasih yang cukup famous satu ketika dahulu,
Wanita dialah ibu dan dia lah isteri,
Sedangkan Nabi Adam kesunyian tanpa teman ketika berada di Syurga dulu,
Inikan kita manusia biasa,

Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa
sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan
perasaan lelaki akan resah. Masih mencari
walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi
yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s.
tetap rindukan Siti Hawa. .....

Tuesday, December 21, 2010

Tutorial Microsoft Word

Aku tau ramai lagi blogger-blogger yang masih study lagi kan, apa kata aku share sikit tips cara nak protect Word khususnya assignment korang drpd ditiru oleh member-member yg lain..btl-btl punya security.Confirm tak boleh nak bukak punya..Ni aku share utk mereka yang tak tahu je ok. Kepada yang dah tahu korang buat-buat lah tk tahu dan teruskan membaca.hehehe. dan harus diingatkan ini utk  Microsoft Office Word utk 2003 tau. Nak tau yang Word 2007 pun ada tau.

 

Sunday, December 19, 2010

Ia cukup berbeza

 
Sape ada anak atau adik kecil yg cukup aktif? Kerap kali selsema? Suka sangat minum air kosong? Kalau ye teruskan membaca, kalau masih bujang sila baca juga untuk informasi korang atau boleh kongsikan bersama keluarga korang atau sahabat yang dah berkeluarga.

Aku nak kongsi info berkaitan Nutrilite Active 8 Beverage Crystals yang merupakan barangan keluaran Amway berperisa Tangerine/ Orange. Mesti korang tanya bagus sangat ke minuman ni? Bagi aku ya dan sebab itu aku nak sarankan untuk korang. Aku dah gunakan untuk anak aku dan sebelum ni sebab dia memang kerap selesema & demam tambahan plak dia memang aku hantar kat nursery dan itu salah satu punca dia kerap sakit. Pastu sepupu wife aku ada cadangkan untuk cuba bg minum Nutrilite Active 8 Beverage.

Thursday, December 16, 2010

Pengguna facebook paling tua di dunia


Betul-betul celik IT nenek bernama Lillian Lowe yang berusia 103 yang berasal Wales, Britain apabila dia dilaporkan oleh akhbar di sana sebagai pengguna facebook paling tua di dunia.
Nenek Lowe membuka akaun fb berkenaan untuk utk berhubung dengan 7 cucu dan 13 cicitnya. 
Lowe bersm I-Pod milik cucunya-Sumber kosmo

Menurut cucunya bernama Steve, daya ingatan neneknya sangat baik dan dia suka mengambil tahu keadaan cucu dan cicitnya. Walaupun jauh dimana tp dekat di fb.hehehe.

Kalau sebelum ni pengguna Facebook tertua adalah Ivy Bean tetapi beliau telah meninggal dunia semasa tidur pada usia 104 tahun, Julai lepas. Mgkn tetido lepas main facebook kot.

Wednesday, December 15, 2010

Wahai anak muda DADAH itu durjana


Image google source: Dadah Durjana
Wahai anak muda..
Anda tidak tahu dadah itu bahaya?
Tidakkah kita sedar bahawa LELAKI semakin kurang di Universiti?
Tetapi banyak di penjara
Adakah kita bangga apabila ramai lelaki mendapat ijazah kedoktoran belakang lorong
dan menjadi Doktor cucuk diri sendiri?


Bila ramai anak melayu menagih dadah..
Kurangnya UNDI dikalangan orang melayu,
Tidakkah kita sedar wahai anak melayu?
Siapa lagi bakal memimpin negara
Mahukan kita melihat bangsa lain menjadi Perdana Menteri?
Aku tak kisah PM itu dr UMNO/PAS/Keadilan tp asalkan org melayu
Melayu pasti bela nasib Melayu 
jangan jadi boneka

Perasan atau tidak bangsa kita pengguna setia najis dadah
bangsa lain menjual nya..jadi supplier..
dgn motif melayu akan mati..
Siapa merana?
Anak melayu..Orang Melayu..

Sedar-sedarlah wahai anak melayu..
aku sedih melihat bertambahnya penghuni penjara
disebabkan dadah durjana.
Habis urat kau cucuk
akhirnya mati sia-sia

Melayu takkan hilang di dunia?
Itu Kata azimat Hang Tuah
Melayu akan hilang di dunia
Itu kata aku
Kenapa?
kerana jika ramai anak melayu terjebak dgn najis dadah
Melayu pasti hilang..
Setuju atau tidak?
Tepuk dadah tanyalah iman..


"Belia Benci Dadah"

Tuesday, December 14, 2010

heartbeat.my membeli sambil menjana pendapatan sampingan



Tima kasih kpd Mizayusof sbb memperkenalkan heartbeat.my. Aku sbnrnya bukan telah menduakan nuffnang tp lebih daripada itu.hehehe..Mmg madu itu manis tp tetap ada kepahitan apabila status Glitterati ditarik. Klu takut status  ditarik, korang cr lah cr lain nak promote  heartbeat.my takpun beli pakai sendiri atau ada sape-sape nak beli korang leh jualkan. Dpt gk income. Cm aku different lah tp bukan aku buang nuffnang, cm aku menduakan, menigakan dan maybe meempatkan nuffnang.hehehe..apa gaya bahasa lah.

Klik BANNER ni kalau nak tahu apa yang menarik dgn Heartbeat.my


Sedikit info mengenai HeartBeat.my .
- Founded in 2006 in Malaysia.
- Sudah mengembangkan busniness ke Utara and Selatan Malaysia.

Monday, December 13, 2010

Peminta sedekah yang semakin kaya

Mcm mana klu time syok-syok mkn kt kedai pastu tetiba ada dua org dtg mintak sedekah..yang kt depan celik pastu yg belakang buta. Tak hulur rs kecian pastu klu dah hulur rs geram pun ada.

Rabu minggu lepas aku ada mkn ngan wife kt Kampung Baru, mcm biasalah mesti ada org dtg mintak sedekah punya. Kecian ada..geram pun ada. Mana taknya cb korang fikirkan

Klu sorang hulur RM2.00
Diorg round 1 Kampung baru tu dkt semua restoran ada 100 pelanggan ngah makan..itu utk tghari je
kalau ptg plak pegi rounder lg dgn anggaran 100 pelanggan gk tgh mkn
Pastu mlm plak rounder 1 kali lagi dgn anggaran yg sm 100 pelanggan gk..
so semuanya..

Thursday, December 9, 2010

Peraduan Review Blog aku

Alkisahnya Blog aku ni lahir pada 15/10/10 dan diberi nama kmvsblogger..knp nama tu? biarlah rahsia. klu nak tau kena semak entri aku mula-mula. Entah apa-apa yg aku tuliskan.Almaklumlah br lagi dunia blogger ni.

Walaupun tak sapai 3 bulan lagi dlm dunia ni, apa yg aku perasan traffik mmg kurang..pastu follower bertambah tp reader ttp kurang.hehehe..Tp mekasih lah pd yg sudi BW kt blog aku. ada gk yg sudi menjengah kt sini. traffik kurang aku tau sbb aku msh baru. kt Malaysia ni pun ada bp juta blog yg aku tak explore lagi & kn byk study.

Aku nk perbaiki blog aku..content aku..dan nk nk cuba jd blog yang mampu menyediakan maklumat yg berguna kpd org lain. Itu matlamat aku. So aku tknak lah syok sendiri, so aku wat lah Peraduan Review Blog Aku..

so aku perlukan pertolongan korang yg mmg dah power dan boleh dianggap sifu lah dlm dunia blogger ni. Korang komen lah apa yg patut tp pastikan bernas kerana hadiah menarik menanti kepada yang blogger yg memberikan idea yg bernas utk aku improvekan blog aku ni. 

Sawan ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dicekup berkhalwat di sebuah motel di Jalan Kilang Tebu, di sini, kelmarin, tiba-tiba rebah dan diserang sawan ketika disiasat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Keadaan itu menyebabkan anggota penguat kuasa dan teman lelakinya berusia 32 tahun panik apabila mulut remaja terbabit berdarah, lidah tergigit dan seluruh badannya kekejangan.

Berikutan itu, anggota penguat kuasa Jaik terpaksa menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, serta dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, remaja terbabit dari Tongkang Yard, di sini, ditahan bersama pasangannya dari Hutan Kampung, di sini, dalam operasi sempena Maal Hijrah.- hmetro

p/s: cepat-cepatlah berhijrah

Wednesday, December 8, 2010

Al-fatihah buatnya

Al-fatihah..itu je lah yg mampu aku kirimkan buat makcik sebelah wife aku yg lebih mesra dgn panggilan Mak Lang yg baru meninggal tgh ari td. Nak pegi jauh, dekat Selatan Thai, mak mertua aku br bertolak ke sn. Mudah-mudahan mak selamat pergi dan pulang. Tahun ni sempat lah 2 kali turun ke Selatan Thailand dan sempatlah jumpa dgn Mak Lang.

Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org yang beriman. Beliau meninggal akibat Kanser Servik..so kpd wanita-wanita sentiasalah check dgn doktor. 


Tuesday, December 7, 2010

Penghijrahan Artis

Ustaz Zul, Ashraf & Amer
Alhamdulillah skrg kita tgk semakin byk artis tanah air kita yang telah pun berhijrah ke jalan yang lebih baik,antaranya adalah seperti Amer Ruffedge, Farah yang terkenal dgn lagu Puteri, Ashraf Muslim, Corrie pelakon drama tu dan ramai lagi lah kan.

Sempena Maal Hijrah hari ini, Wanita Hari Ini telah menjemput 3 panel iaitu bekas vokalis Kumpulan Visa, ustaz Zul yang kini menjadi Guru di sekolah agama, Farah yang kini menjadi pemilik Butik Muslimah dan sekolah Tauhid manakala Ashraf Tenaga Pengamal Perubatan Islam melalui al-Quran di Syifa Al Hidayah.

Yang menariknya Ashraf ni merupakan seorang penternak ayam hutan, keli dan kambing..fuhh masyuk tu. Aku rasa ramai lah yg tergila-gilakan si Ashraf ni.

Mari kita tgk defini Hijrah dari sudut bahasa adalah meninggalkan..dan dari segi hadis adalah perpindahan dari Kota Mekah ke Kota Madinah..manakala dalam konsep hari ini adalah perubahan diri dan jiwa kita daripada kejahilan kepada insan yang lebih baik.

Di kesempatan ni aku ingin menyeru korang semua dan diri aku sendiri agr kita menjadi lebih baik dari ke hari. IsnyaAllah..mudah-mudahan amalan kita diterima oleh-Nya.Amin.


Salam Maal Hijrah!

Monday, December 6, 2010

Tak rasa bersalah ke?


Korang mcm mana? Rasa bersalah tak kalau buang sampah dari kenderaan?? Kalau aku mmg cukup rs bersalah. Aku mmg tak buang sampah dari kenderaan, rela aku letak slm kereta lagi.

Aku perasan gk ms bwk kereta pegi mana-mana mesti ada kereta depan yg buang sampah dari dalam kereta..langsung takde kesedaran sivik langsung..mcm lah tak boleh lepas berenti kt mana-mana pegi lah buang kt tong sampah ke..ko fikir kereta ko kotor je, tak pikir bumi tempat yang lama lagi ko tinggal ni makin kotor, makin rosak..kat sekolah pun ada ajar buang sampah kat tong sampah. pandai plak jawab..tp lain yang dibuatnya.maaflah klu ada yang terasa...

Mari kita tgk sket kesan-kesan yang dpt kita lihat pada hari ini akibat sikap kita dan pembangunan yang melampau. Marilah kita beringat..

Acheh sebelum dan selepas dilanda Tsunami
Pokok ditebang..setiap hari di dunia.Semakin botak  bumi
Ais dan mula cair..Sbb tu banjir je


Banyak kilang banyaklah asap..kita sedut udara ni lah setiap hari

Nak jungle trekking pun tak sonok tgk hutan dan mati sana sini
Aku tahu korang bukanlah Ahli Pencinta Alam..aku pun sama tp aku ada perasaan cintakan alam. Korang klik lah tgk kempen selamatkan dunia ni..bukan susah klik je link bwh ni

KLIK HERE!!!!

gambar sumber google image


kmvsblogger & Blog Baru (2010) Pilihan



Pagi ni member aku, http://luvayoie.blogspot.com/ ada bg email kt aku...email beliau berbunyi "korang...masuk la contest nehhh...utk blog yg baru develop tahun ni...nti kite vote k...http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/ " ..ahahaha..aku pun pegi lah kt link tu..dan tarikh tamat penyertaan adalah pada hari rabu (8 disember) jam 3 petang. terima kasih..

Baru ni ada lawat blog Irine Nadia Marcell. mak aiiii..mantap btl blog dia..tgk lah org dia jg..nk compare blog aku ni..hahaha..tulis pun ntah apa-apa. Fisrt entri aku adalah pada 15/10/10 dgn tajuk semenjak...dua menjak..tiga menjak..aku pun tak tau ah apa yg aku tulis. Masih byk lagi menda yg perlu belajar.al-maklum lah masih meniarap lagi..blogger2 len dan berlari dah pun..byk experiance.


Tp aku nk try juga lah msk contest ni..tk menang pun tkpe asal orang tau blog aku exist kt dunia maya ni.hehehe

Jangan Berbangga... Kerana...

Pagi ni aku pegi lah BW kejap, antara entri blog cukup menarik dan memberi peringatan adalah blog sembangkosong. Walaupun nama je sembang kosong tapi entri beliau ni cukup membawa makna dan memberi peringatan kpd kita sebagai manusia yang akhirnya akan mati juga dan bekalan yang kita bawa utk akhirat nanti bukanlah nama, pangkat, harta tetapi amalan kita, sedekah kita, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak-anak. 

 Aku copy entri beliau bukan niat utk up traffik ke tp utk share kan dengan korang semua dan kita sebagai umat Islam kan kena sentiasa mengingati. tp korang leh juga pegi kt blog sembangkosong...btl-btl bukan sekadar sembangkosong.

Jangan Berbangga..

Jangan Berbangga dengan Calvin Klein & Armani Exchange anda kerana….
Pakaian Terakhir anda adalah Seikat Kain Putih… & perfume anda adalah kapur barus.. ''

Jangan Berbangga dengan fesyen terbaru dan jenis kain mahal yang menyarung tubuh anda kerana….Kain Terakhir anda adalah Kain Kafan yang tidak Berjahit Tepi….

Jangan Berbangga dengan Evo10, BMW & Caldina GTfour anda kerana….
Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung…''

Jangan Berbangga dengan Banglo dan Kondo anda kerana…..........
Tempat Pe... ri... sti... rehatan anda yang terakhir adalah Kubur….

Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..
Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Ulat....

Jangan Berbangga dengan Kekayaan dan Duit Anda yang Banyak kerana….
Akhirnya Semua Itu Menjadi Milik Kerabat yang Ditinggalkan…

Jangan Berbangga dengan Jawatan dan Gelaran Kebesaran anda kerana….
Akhirnya Anda Dipanggil Oleh Munkar & Nakir Dengan Nama Sebenar anda…

Jangan Berbangga dengan Jasa dan Kebaktian yang anda tabur kerana....
Akhirnya, Jangankan Segala Jasa Anda, Dengan anda-anda sekali Semua Orang akan Lupakan.... 


Marilah kita ingat mengingati antara satu sama lain..Renung-renungkan dan selamat beramal

Friday, December 3, 2010

Kalaulah aku Superhero

Sekarang bukan main byk lagi cerita pasal Superhero ni, banyak Superhero baru yang telah lahir. Al-maklumlah teknologi semakin canggihkan ditambah plak sekarang ni dah jenis yang 2D punya lagi lah gempak kita tengok. Mcm real je kt depan mata. 

Klu lah aku aku jd Superhero aku teringin sgt buat ni.

a) Superman - 
Aku leh lah balik kampung hari-hari jumpa mak dan adik-adik aku. Pastu bwk wife and anak aku blk Penang.hehehe..
b) The Flash -
Kalau jenis ni, aku leh pegi kerja tanpa perlu naik kereta, guna minyak dan bayar tol. Jimat ooo..laju je.


c) Spiderman -
Ada kuasa Spiderman aku akan bukak kedai bisnes buaian hasil dari jaring-jaring yang keluar dr tgn aku. Confirm jd billionair ni. Tp aku kena buat research lah utk kuatkan tali tu agr tidak putus.


d) Robotcop
Yang ni dah nama pun COP kan, so akan ku tolong pihak polis menangani masalah rompakan dan senjata.


e) Transformer -
Klu Superhero Transformer aku pilih Bumble bee lah kot..Cantik siot..bwk bini pegi jalan-jalan ke..klu masuk Formula 1 pun confirm menang punya ni.



f) Iron-man
Rasanya aku akan jd tokey jual besi lah kalau jadi Iron-man ni..besi mahal apa sekarang ni. Takpun aku tlg wife gosok baju dah nama pun sama "iron" kalau translate dlm malay jd saterika pe.ahaha.

g) Wolverine -
Jadi Wolverine aku nk mintak keje jd pembantu Datuk Chef Wan..leh gak tolong potong-potong bawang, sayur and daging guna kuku besi tu.hehehe.
Itu kalau aku lah. Klu korang mcm mana plak? Kadang-kadang kita ni kena berimaginasi sikit..tp sikit je ok jgn lebih-lebih.Kang orang ingat giler plak..

Thursday, December 2, 2010

Program Mengubah Destini Anak Bangsa



Pada mggu lepas aku berpeluang utk pergi ke Majlis Konvokesyen adik aku bersama mak dan adik-adik yg lain sempena tamatnya pengajian nya dlm bidang Masscom di UiTM. kesempatan ni aku nk ucapkan tahniah kpd adik aku dan semua graduan UiTM yg dah konvo baru-baru ni.

Apa yg menarik yg aku nk share disini adalah UiTM telah pun mewujudkan satu program yang diberi nama Program Mengubah Destini Anak Bangsa. Seperti semua sedia maklum yg UiTM ini merupakan satu-satunya Universiti untuk masyarakat Bumiputra khususnya Melayu dan UiTM ditubuhkan dengan objektif membantu orang Melayu terutamanya pelajar miskin luar bandar dengan memberikan ruang untuk mereka melanjutkan pelajaran. 

Menurut NAIB Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar,Program adalah untuk membawa kita kembali kepada asal usul penubuhan universiti ini dengan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan bumiputera luar bandar, juga di bandar. Ini kerana kita cukup insaf, para pelajar ini mendapat keputusan rendah, bukan kerana tidak pandai atau tidak bijak, tetapi faktor persekitaran yang mempengaruhi mereka. Ini termasuk kemiskinan, guru-guru tidak mencukupi selain keadaan yang tidak mengizinkan mereka belajar.

Aku cukup berbangga bila UiTM sbb aku pun ex-UiTM student, langkah yg telah diambil oleh UiTM bg membela nasib anak melayu berjaya dlm pendidikan tp disebabkan ekonomi keluarga yang agk sikit menyebabkan mereka melupakan hasrat mereka utk meneruskan pengajian mereka. UiTM akan menaja pengajian mereka yg terpilih. So kpd mereka yg terpilih mengikut program ni aku nasihatkan korang belajar lah btl-btl k. Bela lah nasib keluarga, bangsa dan agama kita.




Adult Costumes Rental

Sempena hujung tahun ni, aku tau mesti byk company akan buat Annual Dinner punya, so kebanyakan theme utk Dinner ni mesti pelik-pelik dan menarik punya punya.Ada yg Superhero lah..Japanese lah, Hantu lah, seram lah dan mc-mcm lagi lah. Company tmpt wife aku keje pun ada wat Annual Dinner and theme adalah Fantasy tak silap aku. So sibuklah wife and member-member dia ni mencari kedai costumes utk disewa. 

So pada sape-sape yg duk kt area KL yg sdg mencari atau akan mencari Costumes utk Annual Dinner yg akan berlangsung thn ni, ujung tahun dpn ke atau bila-bila ke aku cadangkan korang g Century Fiesta. Kedai ni terletak kt area Desa Sri Hartamas. Ptg pas balik keje aku g lah ngan wife and anak aku. Penuh giler org time tu, jam kol 6.30 ptg.




Pakat memilih costumes

Katalog pelbagai jenis costumes utk pilihan
Kat sini pelbagai jenis costumes aku tgk ada, Superhero-Spiderman, Superman/woman dll, culture lah, puteri & putera lah, fantasy lah dgn harga yang agk berpatutan. korang g sendiri lah tgk kt Century Fiesta. So utk wife aku dia pilih costume Pricess Fiona karater dlm Cite Shrek. Tutup aurat. Itu penting.hehehe.

kt sini aku ada letak kan map. Century Fiesta terletak di Desa Sri Hartamas berhadapan dgn Bank RHB.


Atau nak tau lebih lanjut korang leh contact no phone ni atau tgk kt website diorg. Au promote website diaorg free je. 

Century Fiesta Sdn. Bhd
No.44-2, Jalan 24/70 A,
Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.
+603 2300 2048
+6017 234 5266
+603 2300 2046

Wednesday, December 1, 2010

Sedih - Tragedi Pokok Tumbang

Tragedi Pokok Tumbang - Kakitangan Bank Maut

Pokok Tumbang  Kakitangan Bank Maut
Persiaran Maybank
off Jalan Raja Chulan
Kuala Lumpur
29 Nov 2010
8.30 pagi

"Nak ikut......."

Itu  sahaja  yang  mampu  terkeluar  dari mulut isteri mangsa, Hayati ketika mayat suaminya hendak dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan van polis.

Hayati  kelihatan  begitu  tabah, walaupun  airmatanya tidak henti mengalir dan kelihatan amat sebak.

Baru beberapa minit tadi mereka bersama menaiki motosikal ke tempat kerja.Dan segala-galanya berakhir dalam sekelip mata.

Mereka  yang  berada di lokasi kejadian, sebenarnya tidak mampu untuk menghadapi dan melihat situasi di mana isteri mangsa datang ke sini.

Hayati datang dengan dipapah oleh beberapa rakan sekerja, dari Menara Maybank, hanya kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

Kemalangan  ini  berlaku selepas mangsa, Mohd Helmi Hussin, 37 tahun, baru  sahaja menurunkan isterinya di Menara Maybank,tempat isterinya, Hayati, bekerja sebagai kakitangan di Maybank. Mohd  Helmi kemudian menunggang motosikalnya untuk ke tempat kerjanya di  ibu  pejabat  Al  Rajhi  Bank di Wisma Selangor Dredging di Jalan Ampang.

Malang  baginya,  apabila  tiba-tiba  sebuah  tunggul  kayu  setinggi kira-kira 5 meter,tumbang terus menimpanya.

Pokok  @  tunggul  kayu ini sebenarnya mungkin telah ada di sini sejak bertahun  lalu,  dan  kedudukannya betul-betul di tebing antara jalan dengan Hutan Simpan Bukit Nanas.

Mangsa yang cedera parah di muka, maut di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Bukan  sahaja  Hayati,  malah  beberapa  rakan arwah dan rakan Hayati mengalirkan airmata tidak dapat menahan sebak akan apa yang berlaku.

Kerja-kerja  pembersihan  laluan ini dilakukan oleh anggota bomba dan penyelamat Hang Tuah dan DBKL.

Apa  yang  pasti, tunggul ini sudah sepatutnya tidak berada di tebing ini,  dan  DBKL seharusnya lebihkan tumpuan pada benda-benda sebegini sebelum tragedi yang lebih besar berlaku.- Al-fatihah buat si mangsa.

sumber google.
 

 


Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates