Wednesday, December 1, 2010

Sedih - Tragedi Pokok Tumbang

Tragedi Pokok Tumbang - Kakitangan Bank Maut

Pokok Tumbang  Kakitangan Bank Maut
Persiaran Maybank
off Jalan Raja Chulan
Kuala Lumpur
29 Nov 2010
8.30 pagi

"Nak ikut......."

Itu  sahaja  yang  mampu  terkeluar  dari mulut isteri mangsa, Hayati ketika mayat suaminya hendak dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan van polis.

Hayati  kelihatan  begitu  tabah, walaupun  airmatanya tidak henti mengalir dan kelihatan amat sebak.

Baru beberapa minit tadi mereka bersama menaiki motosikal ke tempat kerja.Dan segala-galanya berakhir dalam sekelip mata.

Mereka  yang  berada di lokasi kejadian, sebenarnya tidak mampu untuk menghadapi dan melihat situasi di mana isteri mangsa datang ke sini.

Hayati datang dengan dipapah oleh beberapa rakan sekerja, dari Menara Maybank, hanya kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

Kemalangan  ini  berlaku selepas mangsa, Mohd Helmi Hussin, 37 tahun, baru  sahaja menurunkan isterinya di Menara Maybank,tempat isterinya, Hayati, bekerja sebagai kakitangan di Maybank. Mohd  Helmi kemudian menunggang motosikalnya untuk ke tempat kerjanya di  ibu  pejabat  Al  Rajhi  Bank di Wisma Selangor Dredging di Jalan Ampang.

Malang  baginya,  apabila  tiba-tiba  sebuah  tunggul  kayu  setinggi kira-kira 5 meter,tumbang terus menimpanya.

Pokok  @  tunggul  kayu ini sebenarnya mungkin telah ada di sini sejak bertahun  lalu,  dan  kedudukannya betul-betul di tebing antara jalan dengan Hutan Simpan Bukit Nanas.

Mangsa yang cedera parah di muka, maut di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Bukan  sahaja  Hayati,  malah  beberapa  rakan arwah dan rakan Hayati mengalirkan airmata tidak dapat menahan sebak akan apa yang berlaku.

Kerja-kerja  pembersihan  laluan ini dilakukan oleh anggota bomba dan penyelamat Hang Tuah dan DBKL.

Apa  yang  pasti, tunggul ini sudah sepatutnya tidak berada di tebing ini,  dan  DBKL seharusnya lebihkan tumpuan pada benda-benda sebegini sebelum tragedi yang lebih besar berlaku.- Al-fatihah buat si mangsa.

sumber google.
 

 


17 comments:

Unknown said...

terlalu kesian..sudden death ni mst menghantui hidup famili laki ni smpi bila2...al-fatihah buat arwah...

intan izani said...

siannye arwah
kalau jadi isteri die tu
tak tahu la cmne...tgk suami kesayangan mati mcm tu.. sadis sgt

Aliaa Aisyah Mohamad Amin said...

huhu..sedeyh dowh...T_T..

fairus said...

Ajal maut di tangan Tuhan. Anytime Dia mau angkat nyawa kita pon boleh.

Hairun Azmi said...

Al Fatihah...

masmurni said...

Al fatihah...

Unknown said...

sian kat dia...al fatihah

School Of Tots said...

Semoga Ruh arwah di cucuri rahmat. Ajal telah sampai, yang lain tu hanya penyebab. Marilah kita sama2 sedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah buat arwah.

Cempakamelati said...

Memang tragis....tapi itu adalah takdir Allah..memang tersurat cara kematiannya begitu...Al-Fatihah buat beliau.

orang muo said...

sedih sekali ..salam takziah utk keluarga Allahyarham

Anonymous said...

alfatihah... kematian ni datang tanpa kita duga.. dalam panggung wayang pun kalau nak ditarik nyawa pun boley....

jemput join contest dari www.qalish.com. Hadiah utama berupa domain untuk setahun

safurara said...

seday kan.

ira mohd said...

tu laa.sedih gler.cian bini dy.adesss.nk nanges kot.huhu.al-fatihah

nur said...

kesian.. n takziah.. dah terhantuk baru nak terngadah le dbkl ni

DeCrewz said...

Kesian si isteri, baru je jumpa kejap, pastu da xde... Alfatihah buat si arwah..

dayangredzuan said...

al-fatihah...
takziah buat keluarga mangsa...

Renjer Sungai said...

al-fatihah...

Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates