Tuesday, December 28, 2010

Lelaki Berkulit Gelap Lebih Seksi

Lelaki berkulit gelap lebih seksi. Betul ke? aku pun tak tau..ni aku dapat drpd member aku. dia anta kt email. Nak tau baca lagi.

LONDON: Warna kulit adalah daya penarik setiap individu biarpun hakikatnya, cita rasa wanita dan lelaki terbukti berbeza lelaki sukakan wanita berkulit cerah, manakala wanita lebih meminati lelaki berkulit gelap.

Lelaki mengaitkan warna kulit putih itu dengan lambang kesucian, perawan, baik, budi pekerti mulia dan lemah.

Wanita pula menganggap lelaki kulit hitam sebagai penuh misteri, rakus, bahaya serta ada tarikan seks.
Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, ia hasil kajian terbaru sekumpulan saintis Barat di Universiti Toronto, Kanada, yang merumuskan lelaki yang berbeza latar belakang dan keturunan, mempunyai persamaan dari segi meminati wanita berkulit cerah, berambut perang yang dianggap paling menawan.

Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, ia hasil kajian terbaru sekumpulan saintis Barat di Universiti Toronto, Kanada, yang merumuskan lelaki yang berbeza latar belakang dan keturunan, mempunyai persamaan dari segi meminati wanita berkulit cerah, berambut perang yang dianggap paling menawan.

Wanita sebaliknya melihat lelaki berkulit gelap daripada sawo matang kepada kulit hitam sebagai paling menarik.

“Kajian kami mengesahkan persepsi mengenai warna kulit bukan sekadar tanggapan, tetapi hakikat. Warna kulit menjadi daya penarik dan antara ciri utama rujukan sosiol. Boleh dikatakan, apa yang dianggap sebagai mitos kini menjadi fakta, kata Dr Shyon Baumann, ahli sosiologi yang terbabit dalam kajian itu.


Apa kata wanita?? Adakah wanita Malaysia pun berpendapat begitu??

6 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

ohooo..itu di london =P
aku ta minat lelaki kulit gelap..naseb baek laki ku cerah..ekekeke~

Hairun Azmi said...

Huff....

Nasib baik saya sawo matang....:D

Bila saya blogjogging $$$$$$.....

1 said...

kalau kat luar negara mungkin la..tapi kalau kat malaysia macam tak je..tengok la orang malaysia minat korea yang kulit putih 2 je..huhu

Anonymous said...

aku suka lelaki berkulit cerah...macam pelakon korea. Metroseksual.

puteri ain said...

lain individu lain taste die..;)

Pert Doherty said...

tengok gak.. London pelik pelik je..

Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates