Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Jangan Berbangga... Kerana...

Pagi ni aku pegi lah BW kejap, antara entri blog cukup menarik dan memberi peringatan adalah blog sembangkosong. Walaupun nama je sembang kosong tapi entri beliau ni cukup membawa makna dan memberi peringatan kpd kita sebagai manusia yang akhirnya akan mati juga dan bekalan yang kita bawa utk akhirat nanti bukanlah nama, pangkat, harta tetapi amalan kita, sedekah kita, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak-anak. 

 Aku copy entri beliau bukan niat utk up traffik ke tp utk share kan dengan korang semua dan kita sebagai umat Islam kan kena sentiasa mengingati. tp korang leh juga pegi kt blog sembangkosong...btl-btl bukan sekadar sembangkosong.

Jangan Berbangga..

Jangan Berbangga dengan Calvin Klein & Armani Exchange anda kerana….
Pakaian Terakhir anda adalah Seikat Kain Putih… & perfume anda adalah kapur barus.. ''

Jangan Berbangga dengan fesyen terbaru dan jenis kain mahal yang menyarung tubuh anda kerana….Kain Terakhir anda adalah Kain Kafan yang tidak Berjahit Tepi….

Jangan Berbangga dengan Evo10, BMW & Caldina GTfour anda kerana….
Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung…''

Jangan Berbangga dengan Banglo dan Kondo anda kerana…..........
Tempat Pe... ri... sti... rehatan anda yang terakhir adalah Kubur….

Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..
Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Ulat....

Jangan Berbangga dengan Kekayaan dan Duit Anda yang Banyak kerana….
Akhirnya Semua Itu Menjadi Milik Kerabat yang Ditinggalkan…

Jangan Berbangga dengan Jawatan dan Gelaran Kebesaran anda kerana….
Akhirnya Anda Dipanggil Oleh Munkar & Nakir Dengan Nama Sebenar anda…

Jangan Berbangga dengan Jasa dan Kebaktian yang anda tabur kerana....
Akhirnya, Jangankan Segala Jasa Anda, Dengan anda-anda sekali Semua Orang akan Lupakan.... 


Marilah kita ingat mengingati antara satu sama lain..Renung-renungkan dan selamat beramal

Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates