Thursday, December 2, 2010

Program Mengubah Destini Anak Bangsa



Pada mggu lepas aku berpeluang utk pergi ke Majlis Konvokesyen adik aku bersama mak dan adik-adik yg lain sempena tamatnya pengajian nya dlm bidang Masscom di UiTM. kesempatan ni aku nk ucapkan tahniah kpd adik aku dan semua graduan UiTM yg dah konvo baru-baru ni.

Apa yg menarik yg aku nk share disini adalah UiTM telah pun mewujudkan satu program yang diberi nama Program Mengubah Destini Anak Bangsa. Seperti semua sedia maklum yg UiTM ini merupakan satu-satunya Universiti untuk masyarakat Bumiputra khususnya Melayu dan UiTM ditubuhkan dengan objektif membantu orang Melayu terutamanya pelajar miskin luar bandar dengan memberikan ruang untuk mereka melanjutkan pelajaran. 

Menurut NAIB Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar,Program adalah untuk membawa kita kembali kepada asal usul penubuhan universiti ini dengan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan bumiputera luar bandar, juga di bandar. Ini kerana kita cukup insaf, para pelajar ini mendapat keputusan rendah, bukan kerana tidak pandai atau tidak bijak, tetapi faktor persekitaran yang mempengaruhi mereka. Ini termasuk kemiskinan, guru-guru tidak mencukupi selain keadaan yang tidak mengizinkan mereka belajar.

Aku cukup berbangga bila UiTM sbb aku pun ex-UiTM student, langkah yg telah diambil oleh UiTM bg membela nasib anak melayu berjaya dlm pendidikan tp disebabkan ekonomi keluarga yang agk sikit menyebabkan mereka melupakan hasrat mereka utk meneruskan pengajian mereka. UiTM akan menaja pengajian mereka yg terpilih. So kpd mereka yg terpilih mengikut program ni aku nasihatkan korang belajar lah btl-btl k. Bela lah nasib keluarga, bangsa dan agama kita.




0 comments:

Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates