Dilema pensyarah muda
Pensyarah muda kurang pengalaman? Mereka hanya hebat dengan teori tetapi kurang pengalaman dan ilmu tentang industri. Betul ke? Bagi aku ada betulnya. Aku dah jupa ramai orang yang telah memperkatakan tentang isu ini. Al-maklumlah ramai kenalan aku yang bekerja sambil belajar dan mereka agak kecewa dengan perkembangan sistem pembelajaran di negara kita ini.
Antara luahan hati mereka adalah pada setiap kali mereka bertanyakan soalan yang berkaitan dengan praktikal iaitu realiti apa yang mereka lakukan semasa bekerja kebanyakan pensyarah tidak dapat memberikan jawapan yang jitu dan bernas. Bukanlah aku nak salahkan pensyarah kita, sebab kebanyakkan mereka lepas abis Degree terus jadi pensyarah..lepas abis Degree sambung Master dan keluar dah jadi pensyarah.Mereka langsung tiada pengalaman kerja tetapi hanya dilengkapkan dengan ilmu teori walhal kebanyakan pelajar pada hari ini adalah terdiri daripada pelajar part time yakni mereka bekerja sambil belajar.