Thursday, February 17, 2011

Dilema pensyarah muda

Pensyarah muda kurang pengalaman? Mereka hanya hebat dengan teori tetapi kurang pengalaman dan ilmu tentang industri. Betul ke? Bagi aku ada betulnya. Aku dah jupa ramai orang yang telah memperkatakan tentang isu ini. Al-maklumlah ramai kenalan aku yang bekerja sambil belajar dan mereka agak kecewa dengan perkembangan sistem pembelajaran di negara kita ini.

Antara luahan hati mereka adalah pada setiap kali mereka bertanyakan soalan yang berkaitan dengan praktikal iaitu realiti apa yang mereka lakukan semasa bekerja kebanyakan pensyarah tidak dapat memberikan jawapan yang jitu dan bernas. Bukanlah aku nak salahkan pensyarah kita, sebab kebanyakkan mereka lepas abis Degree terus jadi pensyarah..lepas abis Degree sambung Master dan keluar dah jadi pensyarah.Mereka langsung tiada pengalaman kerja tetapi hanya dilengkapkan dengan ilmu teori walhal kebanyakan pelajar pada hari ini adalah terdiri daripada pelajar part time yakni mereka bekerja sambil belajar.
>
Ada sorang pakcik yang aku temui baru-baru ini merupakan technician kapal terbang dan beliau hanya memiliki sijil membaiki kapal terbang. Namun beliau kerap dipanggil oleh Universiti tempatan bagi disebabkan pengalaman beliau selama 40 tahun dalam bidang itu dan ilmu beliau adalah lebih kepada praktikal daripada teori. Pakcik agak tergelak apabila seorang professor ada bertanyakan soalan dan apa yang dia perhatikan daripada soalan tersebut adalah professor tersebut sememangnya tiada ilmu  praktikal. Ilmu teori mmg hebat!

Aku no komen pasal hal ini tapi apa yang dapati ada benar juga apa yang perkatakan kenalan aku tu. jangan goreng je jawapan soalan yang ditanya takut salah goreng hangus buat malu muka je.hehehe.

5 comments:

Puteri Balqis said...

Saya amat bersetuju sekali..belajar guna teori tetapi sebenarnya memerlukan praktikal seperti pengalaman pakcik yang anda bicarakan.Sebab tu ramai pelajar bila abis belajar tak dapat bekerja sebabnya nak yang ade pengalaman kerja bertahun2 termasuklah saya..Harap2 kerajaan kaji semula sistem pendidikan di Malaysia yang lebih berorientasikan industri bukan teori semata-mata.Sekian..panjang betul celoteh sya.=)

gabanMorka said...

bak kata org, experience is the best teacher

noraim said...

sy setuju. lecturer sy sendiri pon rmai lecturer muda. tak nafikan rmai yg berkebolehan jwb bila student tanya, tp rmai jgk yg xblh jwb dan perlu rujukan dr lecturer senior.

Zyqa Pakmin said...

memang betul pun lah , kalo nak hidop , mst lah kne ade IQ dgn EQ (kemahiran)

izatul qisteena said...

betul tu..seeloknya lecturer muda patut timba pengalaman kerja dulu la..
pengalaman+teori=good job!^^

Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates