Friday, February 4, 2011

Apa Saja FBI Bersama Cikgu Shida

Cikgu Shida bersama Faizal Ismail - Credit picture dari http://mohdsukuribrahim.blogspot.com/
Nampaknya impian Cikgu Shida iaitu artis Youtube Malaysia yang paling popular di Malaysia untuk menjadi lebih popular akan menjadi kenyataan apabila beliau bakal muncul dalam program Apa Saja FBI di TV9 pada pukul 8.30 malam.

Dalam blog aku ni artikel yang paling famous setakat hari ini 4 Februari 2011 adalah Cikgu Shida wat perangai lagi, diikuti oleh  Antara Profession, Bakat dan Sensitiviti? - Cikgu Shida, dan Kami Benci Cikgu Shida Yang Gedik Itu merupakan top 3 yang agak hot dlm kmvsblogger.

Jika tgk fan page dia (ntah sape create) dan mencapai 20, 943 setakat pukul 8.40 pagi/4 Februari 2011 dan aku jangkakan fan beliau bakal bertambah lagi oleh kerana munculnya Cikgu Shida dalam rancangan Apa Saja FBI. Actually fan page ni fan yang tak suka pun ada, just 'like' untuk mengutuk. Terlalu banyak page beliau ada yang cakap CikShida DariParit (Fortheloveofart) merupakan page fb beliau yang original.

Marilah kita saksikan apa yang bakal beliau katakan pada malam ni, mungkin akan menjawab segala persoalan mengapa beliau bertindak agak tidak senonoh dan mengeluarkan beberapa video miming. Namun ada yang mengatakan video miming beliau begitu kreatif dan ramai yang menyokong dan ada juga yang sebaliknya. Bagi aku itu normal. Dalam kehidupan seharian pun ada yang suka kita dan ada yang benci. Betul tak?

Kalau kita tengok dari sudut positif tentang video mining Cikgu Shida ini ia mampu mengurang stress dengan melihat aksi-aksi beliau, boleh juga lupa masalah kerja ke, masalah duit ke, masalah cinta ke.hehehe. Betul ke? Korang layang dulu video beliau pastu apa korang rasa? Meluat atau layan je.hehehe.

Dari segi negatif plak, beliau merupakan seorang guru. Wajarkah beliau beraksi sebegitu? Kita tunggu jawapan Cikgu Shida dalam Apa Saja FBI.

4 comments:

lavender harum wangi said...

wahahahaha~ cikgu shida gerek!! dia xhipokrit, xkaber2.. yup, memang ada negatif aspek, tp hak individu la kan nak live their life cane~ :)

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Sebagai seorg guru... harus lebih kreatif utk menarik minat anak2 murid tapi biarlah dgn cara yg lebih sopan dan berhemah. Akak akui cikgu Shida orang yg sangat kreatif cuma adakala mencalarkan title guru kerana guru itu adalah teladan kepada anak2 murid. Apapun... setiap manusia itu dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.... Semoga cikgu Shida akan berkarya ke arah yang lebih positif.

Artzlizan said...

glemer lagi cikgu shida...

ciK LyndaWawa said...

glamela cikgu tu,

Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates