Wednesday, March 2, 2011

Tempoh bayaran saman trafik dilanjutkan

Berita gembira buat mereka yang masih belum membayar saman bila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan bahawa tempoh bayaran saman trafik dilanjutkan sehingga 10 Mac 2011 ini.

Kalau taknak beratur kat balai polis untuk payment korang boleh buat pembayaran menggunakan online. Mudah je. Guna je servis MyEG. Mudah je, aku pun baru ni baru je buat pembayaran saman sebab speed trap. Melayang jugaklah RM150.huhuhu..Tp aku rasa buat masa ni server PDRM confirm punya hang  pasal ramai sangat yang access.

Korang nak semak saman guna SMS pun senang je, just taip POLIS SAMAN No kenderaan dan hantar ke 32728. Nanti korang akan terimalah SMS mengenai saman tu.

Daripada nak kena beratur panjang tu aku rela kena cas RM2 je dengan menggunakan servis MyEG tu, sama je kos nak pergi kat balai polis tu kan. 


So copat-copat lah bayar saman trafik korang nanti takde dah tempoh lanjutan.


1 comments:

myadsencecamp said...

nice info, bagus sekali ni tentang pembayaran, saya juga baru belajar :)

Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates