Wednesday, March 30, 2011

Tarian poco-poco bercirikan Kristian

Balenggang patapata,
Ngana pe goyang...pica-pica,
Ngana pe bodi...poco-poco,
Cuma ngana yang kita cinta
Cuma ngana yang kita sayang...


Tarian Poco-Poco diharamkan? Ya! betul ! Itulah fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 Januari - 26 Januari 2011 yang lalu. Nampaknya tak boleh dah lah menari tarian ni lagi dah.

Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tarian Poco-Poco diharamkan kerana ia mempunyai  unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.


Tarian yang digemari masyarakat tak kira usia yang mempunyai pergerakan yang mudah seperti dua langkah ke kanan, kembali ke tempat asal, kemudian undur satu atau dua langkah dan kemudian maju ke depan semula sambil berputar. Begitu langkah yang diatur untuk tarian Poco-Poco ini.


Tarian yang pernah menjadi isu hangat pada suatu ketika dulu antara Indonesia dan Malaysia apabila Indonesia mengatakan Malaysia meniru tarian mereka. Sebenarnya kita bukanlah meniru tapi gunapakai tarian mereka sebab ada kebaikan dan langkah yang agak menarik.

Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bericirikan agama Kristian. sebab tu orang Islam diharamkan mengamalkanya.


Aku rasa ramai persatuan makcik-makcik lepas ni men tarian shuffel agaknya.hehehe..

Kalau ada sesiapa tahu pasal kajian yang telah dilakukan, sejarah Poco-Poco ke, sudia-sudikan lah untuk berkongsi dengan semua.

Thursday, March 3, 2011

Boroi sebab Kepuasan Seks !

Benarkah lelaki bila boroi dianggap seksi? Normal ke kalau lelaki yang telah berkahwin perutnya akan naik beberapa cm daripada asal? Biasanya orang cakap kalau perut naik itu tandanya bahagia.ahahaha..boleh pakai ke teori macam tu?

Kalau isteri 'boroi' bila lepas kawin tu normal sebab lepas 9 bulan ada hasilnya. Tapi kalau lelaki boroi memang tak nampak hasil punya.


Mana tidak boroinya, biasa kalau lelaki bujang lebih aktif tetapi bagi mereka yang dah berkeluarga mereka banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Kalau bujang selalu kuar jalan lah, pegi gym lah, pegi joging lah tapi kalau dah berkahwin biasanya kita duk dirumah. Kalau keluar pun pasti akan bersama keluarga. 


Ada teori mengatakan antara punca boroi adalah kerana kepuasan seks. Mana tidaknya, lelaki berkahwin tidak aktif di luar untuk mengeluarkan peluh sebaliknya hanya mengeluarkan peluh jika mengadakan seks sahaja. betul ke? ahahaha..aku pun tak tau lah teori ni betul atau tidak. So lemak makanan akan banyak terkumpul di perut.

Hasilnya? Tahun demi tahun ukuran lilit pinggang si suami akan bertambah akibat cara hidup yang tidak sihat. Al-maklumlah duk kat umah isteri masak sedap-sedap pastu bersenam plak hanya dengan isteri mahunya tak buncit.hehehe.

So meh lah para suami kita menjaga penampilan kita. Aku tengok perut aku pun sekarang dan pakai tali pinggang bawah perut, selalu pakai tali pinggang sama paras ngan pinggang.hehehehe

Wednesday, March 2, 2011

Tempoh bayaran saman trafik dilanjutkan

Berita gembira buat mereka yang masih belum membayar saman bila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan bahawa tempoh bayaran saman trafik dilanjutkan sehingga 10 Mac 2011 ini.

Kalau taknak beratur kat balai polis untuk payment korang boleh buat pembayaran menggunakan online. Mudah je. Guna je servis MyEG. Mudah je, aku pun baru ni baru je buat pembayaran saman sebab speed trap. Melayang jugaklah RM150.huhuhu..Tp aku rasa buat masa ni server PDRM confirm punya hang  pasal ramai sangat yang access.

Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates