Tarian poco-poco bercirikan Kristian
Balenggang patapata,
Ngana pe goyang...pica-pica,
Ngana pe bodi...poco-poco,
Cuma ngana yang kita cinta
Cuma ngana yang kita sayang...
Tarian Poco-Poco diharamkan? Ya! betul ! Itulah fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 Januari - 26 Januari 2011 yang lalu. Nampaknya tak boleh dah lah menari tarian ni lagi dah.
Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tarian Poco-Poco diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Tarian yang digemari masyarakat tak kira usia yang mempunyai pergerakan yang mudah seperti dua langkah ke kanan, kembali ke tempat asal, kemudian undur satu atau dua langkah dan kemudian maju ke depan semula sambil berputar. Begitu langkah yang diatur untuk tarian Poco-Poco ini.
Tarian yang pernah menjadi isu hangat pada suatu ketika dulu antara Indonesia dan Malaysia apabila Indonesia mengatakan Malaysia meniru tarian mereka. Sebenarnya kita bukanlah meniru tapi gunapakai tarian mereka sebab ada kebaikan dan langkah yang agak menarik.
Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bericirikan agama Kristian. sebab tu orang Islam diharamkan mengamalkanya.
Aku rasa ramai persatuan makcik-makcik lepas ni men tarian shuffel agaknya.hehehe..
Kalau ada sesiapa tahu pasal kajian yang telah dilakukan, sejarah Poco-Poco ke, sudia-sudikan lah untuk berkongsi dengan semua.
0 comments:
Post a Comment