Friday, January 28, 2011

Bodohnya punya orang!hati-hati semua

Tadi aku ada terima sms yang berbunyi:

"Ini Ayah..tolong isikan kredit Mexiz RM30 ke number baru Ayah, 0178691398. Ayah lagi ada mslh kat balai polis. Takyah call kejap ayah call."

Bodoh punya orang, utk makluman korang ayah aku dah lebih 2 thn pergi mengadap Ilahi akibat penyakit kencing manis, tetiba plak ada msj mcm tu. Angin btl aku.

Aku try kol no tu, tapi dia tak berani nak angkat. Aku msj je bagi sedas ayat yang menusuk jiwa. Korang tak perlu tahu lah ye. 

So kat sini aku nak pesan agar korang pesan kat adik-adik korang atau mak korang agar jangan terpedaya dengan msj-msj seperti ini. Kalau jenis kita berfikir ni ok lagi takut ada yang jenis lurus bendul pegi top up. 

Thursday, January 27, 2011

Mudahnya buat caramel

Ada sape-sape pandai wat puding tak? Susah ke senang? Ala senang je. Percaya tak ada cara yang begitu mudah nak buat caramel. Cukup senang. Aku pun pandai buat, Cuma beli tepung caramel Amway dan susu cair di kedai dah boleh buat. Cukup mudah. Tak perlu nak adun-adun, nak sukat tepung lah, timbang tepung lah.

Harga Caramel amway ni cuma RM13.00 tapi kalau anda ahlu dapatlah dengan harga RM10.90. Murah je kan? Dalam kotak tu ada 2 paket tepung yang dah siap disukat, dicampur dan diadunkan dan dua paket gula merah untuk manisan.

Monday, January 17, 2011

Bas RapidKL khas untuk wanita kini di jalan raya

Berita baik untuk wanita khususnya di lembah Klang apabila kerajaan telah memperkenalkaen Bas RapidKL khas untuk wanita. Kalau sebelum ni aku ada buat ulasan pasal Teksi Untuk Wanita tapi yang ni kerajaan tak lakukan lagi, mungkin mereka tetap akan lakukan juga setelah gerabak kereta api dan bas khas untuk wanita diperkenalkan.


Aku amat menyokong langkah yang telah diambil kerajaan kerana telah membela nasib kaum wanita. Almaklumlah, kalau sebuah bas tu penuh dengan lelaki dan perempuan banyaklah lelaki yang suka mengambil kesempatan, tersentuh sini lah, terpegang sana lah, bergesel sana sini lah dan kadang-kadang tu bukan "ter" tapi saja je. Mana tidaknya bas padat macam dalam tin sardin. So ambik lah kesempatan kan.

Friday, January 14, 2011

Teksi Pink utk wanita

Teksi Pink utk wanita..tk kesah warna apa pun aku rs janji teksi utk wanita. Sekarang ni kecoh btl kes pemandu teksi yang suka menyamun dan merogol wanita..sure ramai wanita-wanita event makcik-makcik pun takut nak naik teksi klu byk kes mcm ni jadi kan. Kalau tahun lepas gerabak khas komuter utk wanita diperkenalkan apasalahnya kalau kita perkenalkan teksi untuk wanita pulak dan pemandunya of course lah wanita juga. Apa kata wanita kt Malaysia kalau menda cmni di perkenalkan?


Tak silap aku kat Iran dan Mexico pun dan lama teksi utk wanita."The pink taxi only for women " Al-maklumlah ada segelintir pemandu ni agak giler seks, pantang nampak yang dahi licin sikit, yang terdedah sikit terus naik nafsu shawat tu.. itu yang terus melencong ke hutan atau ke semak bukit mana-mana entah..janji nafsu dapat dipuaskan. Kecian pemandu teksi yang lain, akibat segelintir mcm tu nama diorg jadi buruk.

Monday, January 10, 2011

Aku di wilayah Celcom

Setelah 8 tahun bersama maxis kini aku telah melangkah ke wilayah Celcom. Dgn ini esok 11 January 2011 aku merupakan salah seorang pengguna talian blue..turut ku bwk bersama adalah wife yang tercinta kerana beliau adalah sub-line aku so automatik dia akan bersama diwilayah ini.

Lama juga br aku leh tukar ke ke celcom ni pasal nama aku kena blacklist dek maxis pasal broadband rupa-rupanya ada balance RM36.15 aku tk jelaskan lagi..padahal menda tu dah lama dah terminate. nak tak nak byr je lah pastu mintak release statement dr maxis utk mengatakan semua dah clear.

Thursday, January 6, 2011

Panggilan yang tidak dikehendaki

Lama tak update blog..sempat lagi aku rs nk ucapkan selamat tahun baru 2011 dan semoga tahun ni Allah akan memberi kebaikan kepada kita hendaknya..InsyaAllah..Utk entry tahun baru ni aku nk kongsi dgn korang pasal panggilan yang tidak dikehendaki.

Korang pernah tak received panggilan daripada seseorang dan dia offer korang utk barang lah..offer utk ambik kad kredit lah..offer ambik insurans lah..Pernah tak? Apa korang rasa? Tension tak? Aku confirm mesti tension punya kan...

Yang lagi bestnya..kita taknak layan tapi dia paksa kita dgr juga sapai habis apa yang dia nak sampaikan. Betul tak? Betulkan. Pasal aku pun mcm tu, tknak dgr tp seolah-olah dipaksa mendengar. Nak taknak dgr lah jugak.


Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates