Wednesday, November 24, 2010

Pasukan Hoki Malaysia Lakar Sejarah

Tahniah aku ucapkan pada pasukan Hoki Malaysia apabila buat pertama kali layak ke perlawanan akhir buat kali pertama dlm sepanjang sejarah sukan Asia ni. Jika sebelum ni rekod terbaik Malaysia dalam sukan hoki hanyalah setakat menang pingat gangsa se- banyak tujuh kali (1962, 1970, 1974, 1978, 1982, 1990 dan 2002). Mungkin kali kita dpt menambah koleksi emas Negara dan sekaligus mencipta sejarah.

Sumber image : Kosmo Online
Dengan tertewasnya India  4-3 pada separuh akhir semalam telah melayakkan Malaysia ke peringkat akhir dan bakal bertemu Pakistan. Perlawanan yg begitu sengit dipamerkan kedua-dua pasukan dan akhirnya memihak kepada Pasukan Malaysia pada saat-saat akhir. 

Malaysia dengan ranking ke-15 dunia hanya selangkah je lagi untuk memenangi slot automatik ke Sukan Olimpik 2012 London seandai- nya muncul juara dengan menewaskan Pakistan pada final petang esok. Semangat juang mereka aku tabik spring lah.

Walaupun aku tk minta sgt ngan hoki ni tp aku tumpang bangga dan gembira. Marilah kita sm-sm berdoa agr Pasukan Hoki Malaysia akan berjaya mengalahkan Pasukan Pakistan pada petang esok. 
Malaysia Boleh!..


0 comments:

Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates