Friday, November 26, 2010

Pameran MAHA 2010 kembali lagi

Dah lama aku nantikan Pameran MAHA ni, tak silap aku tahun lepas takde tp thn 2008 ada. Aku cdg kali ni nak pegi sana nak cr anak pokok limau Kasturi dan limau nipis. Nak wat tanam sendiri.hehehe.

Kita duk sebut-sebut MAHA je tp tahu ke MAHA ni apa? MAHA ni adalah singkatan daripada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA). 

Apa yang ada kat sn? Menarik ke? Kalau bg mereka yang tak penah pegi meh sini aku nk bgtau apa yg ada kat sana? Aku boleh kata-kata macam-macam ada cam trademark ASTRO la plak.hehehe.

Kat pameran MAHA ni akan ada lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana seperti pemeran makanan, keropok lah, susu lah, aiskrim lah, pokok-pokok dan mcm lagi. Kena mai tgk lah br tau. Dan yang menarik lagi kali ni di MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara dan bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pameran MAHA ni akan berlangsung 26 November 2010 (esok) dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. So kalau tak dpt pegi masa hari biasa leh pegi hari Sabtu atau Ahad. Dan lokasinya adalah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS), Serdang Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Kepada mereka yang tahulebih lanjut leh lah visit ke MOA website Sila Hubungi 03 - 2035 5777 atau www.mahaexpo2010.com. Jumpa anda disana.


1 comments:

mojoko said...

Nak pegi tapi jauh sangat.

Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates