Showing posts with label Mak Nyah. Show all posts
Showing posts with label Mak Nyah. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

Menyingkap dunia mak nyah





Mak Nyah?? sape Mak Nyah dan apa punca mereka jd seperti itu?Adakah mereka mmg ingin dilahir sedemikian?Mengapa aku ingin membangkitkn peerkara yg agk sensitif ini?Sbnr motif aku skdr ingin berkongsi maklumat yg aku perolehi semasa projek Multimedia ku sms di UiTM dulu mengenai dilema seorang Mak Nyah..meh kita menyingkap dunia mak nyah

Projek Multimedia ini merupakn projek berkumpulan bersm tiga yg len iaitu Pn Mun..Cik Mar dan Pn Yam.(credit utk mereka semua).Aku ketua ye utk projek ni..hehehe.

Utk pengetahuan korang, Mak Nyah bukanlah sekadar isu pakaian,gaya hidup,tukar jantina dan sebagainya tetapi ia merupakn perasaan/naluri dan pemikirannya tidak sama dengan fizikal dan jantina yang ada pada mereka. 

Bg memastikan projek kami berjy kami pergi sendiri ke Lorong Hj Taib di Jalan utk bg mendptkn kepastian dan mengenali dunia mereka sbnr..
Petang tu kami ke tempat yang dijanjikan pada pukul 6.45 petang. Hal ini kerana ketika ini sahaja Mak Nyah baru membuka perniagaan meniaga diri.Hehehehe..Senang je kan nak berniaga. Tanpa membuang masa kami terus bertanyakan soalan yang berkaitan kepada Sally, Liza dan rakan-rakannya( tu nama glamor diorg lah..nama sbnr aku x taulah kan):

Pendapatan lumayan

Mengikut Sally sudah hampir 5 tahun dia terjebak dengan kancah ini dan apa yang kami difahamkan adalah dia pada sebelah siang bekerja di pusat Salun dan petang hingga lewat malam dia dan rakan-rakan akan ke Lorong Haji Taib utk mencari pelanggan. Aku ada bertanyakan berapa pendapatan yang boleh diperolehi satu malam. Sally ckp semua bergantung kpd jumlah pelanggan dan apa yang diinginkan. Kebiasaannya utk ringan-ringan jumlahnya hanya dalam RM50 sahaja. Tapi kadang kala kurang jika ramai pelacur berada di kawasan itu. Nampaknya mereka juga bersaing.hehehee.

Perubahan Diri

Sbnrnya aku malu-malu juga kerana aku sorang je lelaki disitu walaupun hakikatnya mereka juga lelaki tetapi disebbakan perubahan yang telah dilakukan seperti memakai pakaian yang menjolok mata sehingga menampakkan d*d*. Nasib baik lah dalam fikiran aku mereka tu lelaki, nak termuntah pun ada.hehehe.Menurut Sally dan Liza mereka membuat pembedahan di Thailand dengan memasukkan implen dan suntikan bg menampakkan buah d*d* mereka.

Pelanggan yang setia

Terkejut juga aku bila bertanyakan ramai kaum lelaki yang begitu berminat dengan mereka ini. Ada juga dari golonganVIP, pegawai kerajaan, dan orang biasa. Tp mereka tidak mendedahkan identiti pelanggan mereka bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Janji Berubah

Sally dan Liza memberitahu kami perasaan serba salah sering mengantui mereka apabila mengenangkan nasib mereka yang tiada pedoman. 

Jauh disudut hati mereka ingin ingin kembali ke pangkal jalan dan mempunyai keluarga, namun ramai orang yang diluar sana tidak dapat menerima keadaan mereka yang lembut. Malah keluarga mereka sediri juga menolak mereka. 

Akhirnya mereka hidup dalam dunia mereka sendiri tanpa ada yang mengendahkan mereka. 

Sally memberikan nasihat kepada kami dan adik-adik yang diluar sana."Jangan jadi macam saya ni, hidup tidak tentu arah,malah wang saya dapat pun tidak berkat.
Jadikanlah kisah hidup saya ni sbg pengajaran yang berguna. InsyaAllah jika diberi peluang saya berjanji akan berubah satu hari nanti,” akhiri Sally sambil merenung jauh, mungkin memikirkan nasib dirinya menjelang hari tua dan masa depan yang samar seperti kepekatan malam.

Bknlah kehendak mereka mnjd seperti siapa mereka hari ini, sewajarnya kuarga dan masyarakat tidak menyisihkn mereka, seharusnya kita mereka dibimbing ke jln yg benar.

Klu korang ada mengenali org mcm mereka ni atau ada terjupa kt mn2 ker, jgn nk try plak k, pastu jgn lah korang mengejek dan menghina mereka krn mereka jg manusia.


Ni antara Mak Nyah yg ada kt sn..


Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates