Wednesday, June 15, 2011

Facebook Membosankan?

Benarkah facebook semakin bosan dan lesu? Aku ada terbaca dekat kosmo online ada artikel bertajuk Facebook Semakin Lesu.  

Menurut Pakar psikologi Internet, Graham Jones memberitahu pengguna Facebook mula berasa bosan setelah satu tempoh masa menggunakan Facebook. Betul ke statement pakar ni? Bagi aku ada betulnya, sebabnya aku sendiri jarang buka facebook. Mungkin salah satu sebabnya adalah kerana kesibukan kerja, bosan juga kadang-kadang dengan facebook dan entahlah aku rasa malas pun ada nak buka.

Kosmo online  mengatakan  bahawa ada kajian berkaitan penggunaan Facebook yang telah dijalankan di United Kingdom (UK) mendapati sebanyak 100,000 pengguna di Britain telah menutup akaun mereka sejak bulan lalu. 

Reasonnya adalah kerana bimbang mengenai pencerobohan data dan maklumat peribadi mereka seperti yang dialami oleh MySpace dan Friendster.  

Kemudian aku survey dekat list friends kat facebook dan aku dapati ada benarnya juga. Ada kalangan kawan-kawan aku dah pun menutup akaun facebook mereka. Bosan dengan facebook ataupun tidak mahu kawan-kawan mengetahui perkembangan terbaru dia agaknya.

Korang pulak macam mana? Best ke melayari facebook dari pagi sampai ke petang, petang sampai ke malam?

0 comments:

Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates