Asal Usul Karaoke
Aku ada baca artikel dalam majalah REMIX. Biar betul aku bc REMIX ke?hahhaha..aku terbaca ok. Ada satu seksyen diberi nama Nak Tahu oleh Hafiz Sakmi, beliau ada menulis pasal Asal usul Karaoke. Dalam artikel beliau mengatakan bahawa karaoke tu berasal dari bahasa Jepun yang bermaksud Okerstra Kosong. Menda ni bermula disebuah bar apabila seorang penghibur tak muncul untuk menyanyi.
Pastu untuk elak daripada orang nek minyak dan mengamuk, so pemilik pun memutarkan lagu-lagu instrumental dan pelawa pengunjung untuk menyanyi. Tengok-tengok ....ramai plak yang nak tunjuk bakat walaupun tak sedap sebenarnya...
Sapai lah hari ini, kita menggunakan perkataan "karaoke", suara sedap ke, sumbang ke kalau ada orang tepuk tu maksudnya mereka 'terhibur' lah tu dengan nyanyian anda, walaupun dalam hati berkata " cair sudah tahi telinga ku"..hehehe.
Sekarang ni pun Hot fm sibuk dengan zon Karok mereka kan!
0 comments:
Post a Comment