Wednesday, November 3, 2010

Pembunuh Along Spoon Dihukum Mati Selepas 11 Tahun

Sape yg x ingat dgn Along Spoon bersama kumpulannya Spoon yg begitu famos pada thn 90-an dgn lagu Rindu Serindunya yg menjadi siulan anak-anak muda termasuk aku.hehehe. Namun selepas kematian Along, kumpulan Spoon semakin sepi. x silap aku adik Along ganti jd vokalis kumpulan tu. Tp pastu sepi je kan. Meh kita bc bite pasal pembunuh Along Spoon ni.
PUTRAJAYA - Seorang anggota polis tetap akan menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon 11 tahun lalu.

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang dibuat selepas mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along (gambar kecil) dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 10 April 2002.

Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya'cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang. --Sumber KOSMO

1 comments:

Qaseh Dalia said...

pndai buat pndailah tggung...!!

Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates