Monday, November 15, 2010

Bukan semua perniagaan MLM bawa masalah: Awang Adek

KUALA LUMPUR: Bukan semua perniagaan jualan langsung (MLM) tidak baik dan memberi masalah kepada orang ramai, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Katanya, terdapat perniagaan seumpama itu yang memberi kebaikan kepada pengguna terutamanya daripada segi penjimatan kos.

"Perniagaan Amway umpamanya begitu berleluasa dan tiada masalah. Ramai juga yang menggunakan perkhidmatan dan barangan yang dijual dalam MLM," katanya semasa menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) di Dewan Rakyat hari ini.
Awang Adek berkata, tidak semestinya jika kadar MLM di sesebuah negara itu tinggi, maka ia sesuatu yang negatif.

Katanya, kawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah bagi memastikan tidak berlaku penipuan dalam MLM manakala Bank Negara pula mengawasi perbuatan pengambilan deposit haram dan perdagangan mata wang asing tanpa lesen.

"Suruhanjaya Sekuriti menguruskan pengambilan dana tanpa lesen; Suruhanjaya Syarikat Malaysia (skim berkepentingan yang haram) dan Polis Diraja Malaysia menguruskan kes skim penipuan melalui Internet," katanya.

Menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Mutallib (BN-Maran), Awang Adek berkata antara langkah menangani gejala itu ialah penyediaan teks khutbah Jumaat berkaitan gejala skim cepat kaya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta mewujudkan Laman Informasi Khidmat dan Nasihat (LINK) dan TeleLink. - BERNAMA


Yang aku nk highlight sini adalah menteri tu sebut amway.hehehe..aku sbnr member amway. Lm dah join tp x brapa nk aktif sgt. beli utk kegunaan sendiri je.



1 comments:

Aida Tamrim said...

Kalau MLM yang ada pelbagai produk yang betul2 slamat dijadikan kegunaan kita tu ok la kot...

Yg tak bestnye kalo jenis yg tkde produk, tapi kena cari org..Mmmmphh...cam sistem piramid leee

Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates