Monday, January 17, 2011

Bas RapidKL khas untuk wanita kini di jalan raya

Berita baik untuk wanita khususnya di lembah Klang apabila kerajaan telah memperkenalkaen Bas RapidKL khas untuk wanita. Kalau sebelum ni aku ada buat ulasan pasal Teksi Untuk Wanita tapi yang ni kerajaan tak lakukan lagi, mungkin mereka tetap akan lakukan juga setelah gerabak kereta api dan bas khas untuk wanita diperkenalkan.


Aku amat menyokong langkah yang telah diambil kerajaan kerana telah membela nasib kaum wanita. Almaklumlah, kalau sebuah bas tu penuh dengan lelaki dan perempuan banyaklah lelaki yang suka mengambil kesempatan, tersentuh sini lah, terpegang sana lah, bergesel sana sini lah dan kadang-kadang tu bukan "ter" tapi saja je. Mana tidaknya bas padat macam dalam tin sardin. So ambik lah kesempatan kan.


Hari ini 17 Januari 2011 secara rasmi bas RapidKL khas untuk wanita akan menyusuri 15 laluan terpilih. Laluannya adalah :


U6 dari Taman Jasa Utama ke Medan Pasar,
U31 (Pandan Indah ke Maybank Puduraya),
U46 (Damai Perdana ke Bukit Bintang),
U66 (Taman Medan ke Pasar Seni),
U68 (Taman Sentosa ke Pasar Seni),
U82 (Bandar Utama ke KL Sentral),
U224 (Taman Dato'' Senu ke Pasar Seni) dan
U623 (Stesen LRT Kelana Jaya ke Subang Parade, melalui Sunway Pyramid).
U1 (Hab Pinggiran Batu Caves ke Medan pasar,
U8 (Hab Damansara Damai ke Medan Pasar),
U22 (Hab Sri Nilam ke Jalan Hang Lekiu),
U40 (Hab Terminal Kajang ke Pasar Seni),
U60 (Hab Puchong Utama ke Hab Pasar Seni),
U80 (Hab UiTM Shah Alam ke Pasar Seni) dan
U81(Hab Subang Suria ke Hab Pasar Seni)


Bermulanya esok kalau ada bas yang tertera " Bas Wanita" diharapkan kaum lelaki ni janganlah buat-buat tersalah naik pulak ye, tak kira lah korang Pondan ke, Mak Nyah ke, kalau kat IC tu tulis lelaki jangan sesuka hati naik je bas tu kang ada kena sekeh dengan gadis-gadis atau makcik-makcik dalam bas tu.


Menurut Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bas seumpama itu adalah pilihan terbaik untuk golongan wanita ketika menggunakan pengangkutan awam. "Ini adalah penambahbaikan kerana bas untuk wanita ini akan memberi ruang kepada lebih ramai wanita yang mungkin rasa kurang selesa menggunakan bas terutama di waktu puncak. "


"Tapi mereka ada pilihan untuk naik bas yang mana, wanita saja atau campur dengan yang lain (lelaki dan wanita)," katanya selepas melancarkan bas itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.


So apa kata wanita di Malaysia? Mesti korang harap seumpama ini diperkenalkan di seluruh Malaysia kan? Tapi aku rasa mungkin tidak, kalau diperkenalkan pun mungkin dibandar-bandar yang agak padat ke pendudukannya seperti Johor Bharu dan Pulau Pinang. Itu dalam fikiran aku lah. Fikiran korang macam mana pulak?

1 comments:

areripe said...

baguslah,taklah berlaku kejadian lucah sangat dalam bas...

im already followed your blog!
and if u think my blog interesting, u can do the same thing!

Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates