Sedih - Tragedi Pokok Tumbang
Tragedi Pokok Tumbang - Kakitangan Bank Maut
Pokok Tumbang Kakitangan Bank Maut
Persiaran Maybank
off Jalan Raja Chulan
Kuala Lumpur
29 Nov 2010
8.30 pagi
"Nak ikut......."
Itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulut isteri mangsa, Hayati ketika mayat suaminya hendak dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan van polis.
Hayati kelihatan begitu tabah, walaupun airmatanya tidak henti mengalir dan kelihatan amat sebak.
Baru beberapa minit tadi mereka bersama menaiki motosikal ke tempat kerja.Dan segala-galanya berakhir dalam sekelip mata.
Mereka yang berada di lokasi kejadian, sebenarnya tidak mampu untuk menghadapi dan melihat situasi di mana isteri mangsa datang ke sini.
Hayati datang dengan dipapah oleh beberapa rakan sekerja, dari Menara Maybank, hanya kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.
Kemalangan ini berlaku selepas mangsa, Mohd Helmi Hussin, 37 tahun, baru sahaja menurunkan isterinya di Menara Maybank,tempat isterinya, Hayati, bekerja sebagai kakitangan di Maybank. Mohd Helmi kemudian menunggang motosikalnya untuk ke tempat kerjanya di ibu pejabat Al Rajhi Bank di Wisma Selangor Dredging di Jalan Ampang.
Malang baginya, apabila tiba-tiba sebuah tunggul kayu setinggi kira-kira 5 meter,tumbang terus menimpanya.
Pokok @ tunggul kayu ini sebenarnya mungkin telah ada di sini sejak bertahun lalu, dan kedudukannya betul-betul di tebing antara jalan dengan Hutan Simpan Bukit Nanas.
Mangsa yang cedera parah di muka, maut di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Bukan sahaja Hayati, malah beberapa rakan arwah dan rakan Hayati mengalirkan airmata tidak dapat menahan sebak akan apa yang berlaku.
Kerja-kerja pembersihan laluan ini dilakukan oleh anggota bomba dan penyelamat Hang Tuah dan DBKL.
Apa yang pasti, tunggul ini sudah sepatutnya tidak berada di tebing ini, dan DBKL seharusnya lebihkan tumpuan pada benda-benda sebegini sebelum tragedi yang lebih besar berlaku.- Al-fatihah buat si mangsa.

sumber google.