Anak kapak ibu
| gambar sumber Kosmo Online |
Anak kapak ibu?? fuhh ni aku x tau nk ckp kategori apa ni..giler ke..sewel ke..derhaka ke..atau pun semua yg sewaktu dgn nya. Ini lah yg terjadi dekat Pekan, Pahang bila seorang lelaki berumur 23 thn menetak kepala ibunya menggunakan kapak sehingga maut di Felda Chini Timur 1 kelmarin.
Dia bg alasan kerana ibunya itu jelmaan saka. Bile Polis menyoal siasat suspek mengatakan yg dia mendapat bisikan kononnya ibunya tu sebenarnya dah mati dan yang hidup sekarang jasad dikuasai saka yang menyerupai ibunya. So sbb tu dia ambik tindakan untuk membunuh saka tu. Menurut beliau lagi dia tau ciri-ciri makhluk halus hasil pembacaan beliau mengenai cara menentang makhluk halus yg dibaca daripada beberapa buah buku.
Adik suspek sendiri yg mengatakan bahawa abgnya itu seorang berperwatakan pendiam tetapi berubah setelah membaca buku tersebut..Hai mcm-mcm kan..mungkin ni adalah hasutan daripada syaitan.
Korang bayangkan dia guna kapak tetak kepala sapai keluar separuh otak..Org biasa guna kapak belah kayu ke..potong tulang lembu ke..kambing ke..ni buat tetak ibu. Semoga roh mangsa ditempatkan dikalangan orang yg beriman. Al-fatihah.