Showing posts with label amway. Show all posts
Showing posts with label amway. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

Mudahnya buat caramel

Ada sape-sape pandai wat puding tak? Susah ke senang? Ala senang je. Percaya tak ada cara yang begitu mudah nak buat caramel. Cukup senang. Aku pun pandai buat, Cuma beli tepung caramel Amway dan susu cair di kedai dah boleh buat. Cukup mudah. Tak perlu nak adun-adun, nak sukat tepung lah, timbang tepung lah.

Harga Caramel amway ni cuma RM13.00 tapi kalau anda ahlu dapatlah dengan harga RM10.90. Murah je kan? Dalam kotak tu ada 2 paket tepung yang dah siap disukat, dicampur dan diadunkan dan dua paket gula merah untuk manisan.

Sunday, December 19, 2010

Ia cukup berbeza

 
Sape ada anak atau adik kecil yg cukup aktif? Kerap kali selsema? Suka sangat minum air kosong? Kalau ye teruskan membaca, kalau masih bujang sila baca juga untuk informasi korang atau boleh kongsikan bersama keluarga korang atau sahabat yang dah berkeluarga.

Aku nak kongsi info berkaitan Nutrilite Active 8 Beverage Crystals yang merupakan barangan keluaran Amway berperisa Tangerine/ Orange. Mesti korang tanya bagus sangat ke minuman ni? Bagi aku ya dan sebab itu aku nak sarankan untuk korang. Aku dah gunakan untuk anak aku dan sebelum ni sebab dia memang kerap selesema & demam tambahan plak dia memang aku hantar kat nursery dan itu salah satu punca dia kerap sakit. Pastu sepupu wife aku ada cadangkan untuk cuba bg minum Nutrilite Active 8 Beverage.

Tuesday, November 16, 2010

Mudah.my mmg mudah kena tipu

Mudah.my mmg mudah kena tipu. Dah byk perkara cmni terjadi apabila org yg ingin menjual brg telah ditipu oleh pembeli terutamanya pembeli dari luar negara. Itulah yg terjadi kpd kwn blog ku iaitu fahmiownstuff (klik here) apabila dia hampir-hampir ditipu oleh pembeli dari Negara Nigeria setelah dia post barangan dia di dlm Mudah.my. Apa yg dia lakukan adalah memeriksa status Bank pembeli. Bank tersebut mmg langsung tak wujud dan itu hanyalah rekaan semata-mata. nasib bek dia periksa dl klu tak habis juga RM1K barang dia. Tambahan pula ramai dah yg kena tipu akibat perbuatan pembeli td. Org yg sm..kebanyakkan semuanya terjadi di Mudah,my. Almaklumlah skrg kn teknologi dah canggih. Klu tak tkkan MyKad kita pun ada org duplicate.

Sebenarnya aku tak menyalahkan pihak Mudah.my dan mmg diorg ni tak perlu dipersalahkan sbb bukan diorg ni cuma menyediakan platform shj, tkkan lah diorg nk pegi selidik btl atau tidak seseorang pembeli itu memang nak membeli ataupun nak menipu. Dah lah diorg bagi platform ni percuma je kan, tu dah kira bersyukur lah kan.Pihak Mudah.my jgn plak marah aku pasal tajuk kat ats tu k.

Cuma apa yg aku nk share kt sini, kita mestilah berhati-hati bila berurusan secara online ni. Bisnes secara online ni melibatkan kepercayaan antara penjual dan pembeli. Klu takde menda ni takkan berlaku urus niaga dan klu berlaku pun penipuan juga akan berlaku. Apa yg terjadi kadang-kadang penjual yg menipu pembeli apabila menghantar barangan tidak seperti yg digambarkan dan kadang-kadang tu pembeli yg menipu apabila menghantar cheque palsu. Mcm-mcm lah leh terjadi apabila kita menyebut Bisnes to Bisnes (B2B) ni.

Di Malaysia, pendedahan kpd amalan B2B ni dah semakin meluas apabila ramai yg mnjlnkan urusniaga secara online iaitu menggunakan mudah.my, e-bay, lelong.com, facebook, blog dan mcm-mcm lagi platform yg boleh digunakan. Amway (klik here) pun menawarkan bisnes scr online. hehehe..promote sket. Boleh beli barang secara online dan dihantar terus ke rumah.

So kt sini aku nk pesan lah kt korang tak kesahlah korang nk jual dekat Mudah.my ke..e-bay ke..lelong.com, facebook ke, korang kenalah berhati-hati k.

Mgkn satu hari nanti semua urusan jual beli akan berlaku secara online, cuma yg masih perlu diperbetulkan dan diperkemaskan adalah truth dan security. Itu antara issues berkaiatan online bisnes.


Monday, November 15, 2010

Bukan semua perniagaan MLM bawa masalah: Awang Adek

KUALA LUMPUR: Bukan semua perniagaan jualan langsung (MLM) tidak baik dan memberi masalah kepada orang ramai, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Katanya, terdapat perniagaan seumpama itu yang memberi kebaikan kepada pengguna terutamanya daripada segi penjimatan kos.

"Perniagaan Amway umpamanya begitu berleluasa dan tiada masalah. Ramai juga yang menggunakan perkhidmatan dan barangan yang dijual dalam MLM," katanya semasa menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) di Dewan Rakyat hari ini.
Awang Adek berkata, tidak semestinya jika kadar MLM di sesebuah negara itu tinggi, maka ia sesuatu yang negatif.

Katanya, kawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah bagi memastikan tidak berlaku penipuan dalam MLM manakala Bank Negara pula mengawasi perbuatan pengambilan deposit haram dan perdagangan mata wang asing tanpa lesen.

"Suruhanjaya Sekuriti menguruskan pengambilan dana tanpa lesen; Suruhanjaya Syarikat Malaysia (skim berkepentingan yang haram) dan Polis Diraja Malaysia menguruskan kes skim penipuan melalui Internet," katanya.

Menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Mutallib (BN-Maran), Awang Adek berkata antara langkah menangani gejala itu ialah penyediaan teks khutbah Jumaat berkaitan gejala skim cepat kaya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta mewujudkan Laman Informasi Khidmat dan Nasihat (LINK) dan TeleLink. - BERNAMA


Yang aku nk highlight sini adalah menteri tu sebut amway.hehehe..aku sbnr member amway. Lm dah join tp x brapa nk aktif sgt. beli utk kegunaan sendiri je.



Design by The Blogger Templates Karjat Resorts

Design by The Blogger Templates